Friday, July 23, 2010

Belajar Dari Alam

Allah tidak mencipta alam ini dengan sia-sia. Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa. Selain ia menjadi gelanggang manusia untuk melaksanakan tujuan hidup sebagai hamba Allah dan Khalifah, alam juga adalah hasil karya Allah untuk mengajar dan mendidik manusia. Alam ini adalah maha karya Tuhan, yang sentiassa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya alam ini adalah sekolah Insan!

Di sekolah inilah manusia harus belajar di setiap masa selaras dengan kata pepatah pujangga yang berbunyi "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Oleh sebab itu, orang yang berhenti daripada belajar adalah orang yang "telah mati". Jiwa, semangat dan upayanya yang seharusnya berkembang telah terhenti. Seseorang yang berhenti dari belajar hakikatnya sudah tua, tidak kira sama ada ketika berhenti itu dia berusia dua puluh atau tujuh puluh tahun.

Selagi manusia berada di alam ini, manusia harus belajar daripada alam. Tapi sayangnya, ramai manusia yang gagal belajar daripada alam, lihat betapa ramai manusia hanya melihat nikmat, tetapi melupakan pemberi nikmat (Allah). Ramai yang memuji alam tetapi tidak memuji penciptanya. Benarlah kalau dikatakan Allah itu sangat dekat, tetapi terasa jauh kerana manusialah yang sering menjauh!

Perkataan alam berasal daripada perkataan Arab yang antaranya bererti bendera. Bendera ialah simbol atau tanda sesebuah negara. setiap negara mempunyai bendera masing-masing. Meliat sahaja warna, bentuk dan rajah pada sesuatu bendera, kita akan kenal negara manakah yang diwakilinya. Maka begitulah juga alam ini, ia adalah petanda adanya PENCIPTA.

Tulisan: azira anna althafunnisa' (NYDP PTIUSM)

No comments:

Post a Comment