Tuesday, July 27, 2010

Nisfu Sya'aban 1431H


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

15 hari telah berlalu di bulan Sya'aban.
15 hari lagi bakal menemui bulan Ramadan Al-Mubarak.

Sejauhmanakah persediaan diri ini untuk menghadapinya?
Semoga kita semua dapat bertemu dengan Ramadan pada tahun ini.

Tulisan: azira anna althafunnisa' (NYDP PTIUSM)

Friday, July 23, 2010

Belajar Dari Alam

Allah tidak mencipta alam ini dengan sia-sia. Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa. Selain ia menjadi gelanggang manusia untuk melaksanakan tujuan hidup sebagai hamba Allah dan Khalifah, alam juga adalah hasil karya Allah untuk mengajar dan mendidik manusia. Alam ini adalah maha karya Tuhan, yang sentiassa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya alam ini adalah sekolah Insan!

Di sekolah inilah manusia harus belajar di setiap masa selaras dengan kata pepatah pujangga yang berbunyi "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Oleh sebab itu, orang yang berhenti daripada belajar adalah orang yang "telah mati". Jiwa, semangat dan upayanya yang seharusnya berkembang telah terhenti. Seseorang yang berhenti dari belajar hakikatnya sudah tua, tidak kira sama ada ketika berhenti itu dia berusia dua puluh atau tujuh puluh tahun.

Selagi manusia berada di alam ini, manusia harus belajar daripada alam. Tapi sayangnya, ramai manusia yang gagal belajar daripada alam, lihat betapa ramai manusia hanya melihat nikmat, tetapi melupakan pemberi nikmat (Allah). Ramai yang memuji alam tetapi tidak memuji penciptanya. Benarlah kalau dikatakan Allah itu sangat dekat, tetapi terasa jauh kerana manusialah yang sering menjauh!

Perkataan alam berasal daripada perkataan Arab yang antaranya bererti bendera. Bendera ialah simbol atau tanda sesebuah negara. setiap negara mempunyai bendera masing-masing. Meliat sahaja warna, bentuk dan rajah pada sesuatu bendera, kita akan kenal negara manakah yang diwakilinya. Maka begitulah juga alam ini, ia adalah petanda adanya PENCIPTA.

Tulisan: azira anna althafunnisa' (NYDP PTIUSM)

Wednesday, July 7, 2010

Selamat Datang Ke PPTI USM


Tanggal 12 Julai 2010, bermulalah lembaran baru untuk semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Sains Malaysia meneruskan perjuangan untuk mendapatkan segulung ijazah.

Selamat datang kepada semua mahasiswa-mahasiswi baru ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang khasnya buat semua mahasiswa-mahasiswi dari Pusat Pengajian Teknologi Industri. Tahniah diucapkan kerana telah terpilih untuk menjadi warga kampus Universiti Sains Malaysia, Universiti APEX. Diharapkan mahasiswa-mahasiswi baru akan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus yang baru dan terus memartabatkan universiti kearah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kepada semua rakan seperjuangan yang akan meneruskan pengajian di Tahun 2,3 dan 4, diucapkan selamat maju jaya dan akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Buat semua pimpinan Persatuan Teknologi Industri 2010/2011 diharapkan akan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Ikhlas daripada pimpinan Persatuan Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia sidang akademik 2010/2011.

Kata Aluan Dari Meja Editor

Salam Perjuangan Mahasiswa.

Persatuan Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia sidang akademik 2010/2011 telah membuka blog rasmi sebagai wadah kepada mahasiswa USM khususnya mahasiswa Pusat Pengajian Teknologi Industri. Blog ini juga digunakan untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan pergerakkan aktiviti Persatuan Teknologi Industri serta mendedahkan isu-isu terkini berkaitan kampus, gerakan mahasiswa kampus, negara dan lain-lain kepada seluruh warga kampus secara telus.

Persatuan Teknologi Industri juga berharap agar blog ini dapat dimanfaatkan untuk kebaikan mahasiswa kampus. Selamat membaca tulisan seterusnya dalam blog ini.